Wednesday 10 October 2012

SINOPSIS SEPTEMBER 2012


Tajuk Buku : Punca dan Kecelaruan Tingkah Laku
Penulis : Azizi Yahaya,Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail
No. Kelas : Call no.150.194 PUN
 
Kecelaruan tingkah laku atau lebih dikenali sebagai tingkah laku tidak normal.Tingkah laku abnormal merujuk kepada penyakit atau kecelaruan jiwa, penyakit mental atau mengalami kecelaruan psikologi seperti kecelaruan mental, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya perbuatan, perlakuan yang melampaui batas-batas norma dan nilai murni dalam sesebuah masyarakat.

Kecelaruan mental organik adalah sejenis kecelaruan yang jarang berlaku, berpunca daripada masalah saraf dan sistem kimia dalam badan, tetapi apabila ia memberikan kesan kepada saraf otak dan seteruskan merosakan korteks-korteks otak, ia memberikan kesan kepada penyakit sosial lain yang lebih kronik. Ahli psikologi berpendapat sikap sikap dan mentaliti yang positif penting bagi mengawal gejala ini.

Kecelaruan mental bahasa ialah masalah dalam mencari makna yang tersurat dan tersirat dalam komunikasi lisan, teks atau bahan-bahan yang seumpamanya.Makna yang diterima pakai sewaktu berbahasa tidak mereka peroleh secara eksplisit mahupun implisit. Disebabkan kecelaruan begini bukanlah kehendak mereka, maka sebagai masyarakat berpendidikan , kita perlu elak daripada mengelar mereka dengan gelaran yang mereka tidak suka. Sebaliknya golongan ini perlu diberi kesedaran awal tentang potensi mereka.

Kecelaruan Skizofrenia dan kecalaruan psikotik adalah gangguan penyakit jiwa yang serius. Ini kerana pasakit berada dalam keadaan alam sedar dan khayalan. Hanya pakar-pakar yang profesional sahaja yang dapat mengenal pasti seseorang pesakit mengalami gangguan psikotik. Sehingga kini, belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit ini. Kaedah rawatan dan ubat-ubatan hanyalah sifat meredakan ketengangan pesakit.

Terapi biologi dan psikoterapi dijalankan secara meluas bagi mengembalikan kesejahteraan mental individu.Bagaimanapun, tiada cara rawatan yang benar-benar tepat dan berkesan untuk untuk seseorang pesakit.Institusi keluarga nukleus dan penerimaan masyarakat sangat penting dan mempengaruhi proses pemulihan yang sedang dijalani oleh pesakit kecelaruan mental. Pengamalan cara hidup yg sihat,kesediaan diri yang menerima cabaran-cabaran dalam hidup dan pegangan agama menjadi tiang bagi menjamin kesejahteraan mental dan rohani individu.