Tajuk
Buku : Punca dan Kecelaruan Tingkah Laku
Penulis
: Azizi Yahaya,Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin
Ismail
No.
Kelas : Call
no.150.194 PUN
Kecelaruan
tingkah laku atau lebih dikenali sebagai tingkah laku tidak
normal.Tingkah laku abnormal merujuk kepada penyakit atau kecelaruan
jiwa, penyakit mental atau mengalami kecelaruan psikologi seperti
kecelaruan mental, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya
perbuatan, perlakuan yang melampaui batas-batas norma dan nilai murni
dalam sesebuah masyarakat.
Kecelaruan
mental organik adalah sejenis kecelaruan yang jarang berlaku,
berpunca daripada masalah saraf dan sistem kimia dalam badan, tetapi
apabila ia memberikan kesan kepada saraf otak dan seteruskan
merosakan korteks-korteks otak, ia memberikan kesan kepada penyakit
sosial lain yang lebih kronik. Ahli psikologi berpendapat sikap sikap
dan mentaliti yang positif penting bagi mengawal gejala ini.
Kecelaruan
mental bahasa ialah masalah dalam mencari makna yang tersurat dan
tersirat dalam komunikasi lisan, teks atau bahan-bahan yang
seumpamanya.Makna yang diterima pakai sewaktu berbahasa tidak mereka
peroleh secara eksplisit mahupun implisit. Disebabkan kecelaruan
begini bukanlah kehendak mereka, maka sebagai masyarakat
berpendidikan , kita perlu elak daripada mengelar mereka dengan
gelaran yang mereka tidak suka. Sebaliknya golongan ini perlu diberi
kesedaran awal tentang potensi mereka.
Kecelaruan
Skizofrenia dan kecalaruan psikotik adalah gangguan penyakit jiwa
yang serius. Ini kerana pasakit berada dalam keadaan alam sedar dan
khayalan. Hanya pakar-pakar yang profesional sahaja yang dapat
mengenal pasti seseorang pesakit mengalami gangguan psikotik.
Sehingga kini, belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit ini.
Kaedah rawatan dan ubat-ubatan hanyalah sifat meredakan ketengangan
pesakit.
Terapi
biologi dan psikoterapi dijalankan secara meluas bagi mengembalikan
kesejahteraan mental individu.Bagaimanapun, tiada cara rawatan yang
benar-benar tepat dan berkesan untuk untuk seseorang
pesakit.Institusi keluarga nukleus dan penerimaan masyarakat sangat
penting dan mempengaruhi proses pemulihan yang sedang dijalani oleh
pesakit kecelaruan mental. Pengamalan cara hidup yg sihat,kesediaan
diri yang menerima cabaran-cabaran dalam hidup dan pegangan agama
menjadi tiang bagi menjamin kesejahteraan mental dan rohani individu.